Hidup umpama kopi
Tertelan biji pahit terus mata terbuka
Dihirup perlahan berasa nikmatnya
Lalu pejamkan mata hayati semua
Hidup ini tidak sempurna
Belajarlah merasa cukup
Kerana indah itu kita yang cipta.
3 Sep 2017.
Aku suka menulis. Tapi bukan cerita panjang atau karangan berjela. Cukup dengan sebaris dua ayat, tetapi tepat menyampaikan suara hati ketika itu. Bukan sosok hebat pun, hanya budak perempuan biasa yang punya minat. Meski umur dah menjangkau 30-an, tetap aku bahasakan diri ini budak. Sebab itu menzahirkan betapa kerdilnya aku di mata Tuhan dan dikalangan pengkarya hebat. Kalau ada antara mereka yang 'ter'singgah di blog atau 'ter'baca hasil aku yang tak seberapa ni, aku harap ada komen ikhlas untuk bantu aku hadamkan sejauh mana nilai seni aku dalam fikiran mereka. Terima kasih untuk setiapnya.
No comments:
Post a Comment