saratnya jiwa kendong dosa
masih tak malu dengan Pencipta
liat iman kerana tak dibaja
merinding kejar najis dunia
hawa dahagakan perhatian
ada yang lurus ada yang kudus
ada yang enteng suka menyendeng
sering gagal jaga perhiasan
konon berkawan tak ada perasaan
adam itu nafsunya satu
terkulai longlai bila dirayu
yang haram atau halal mau disebat
yang berserban atau seluar singkat
semuanya sama.. sama ligat
IKHTILAT
apa kita paham maksud tersurat?
ramai yang tak mampu hadam isi tersirat
ilmu itu di depan mata
bukalah kitab dan baca.
-10 Nov 2017-
Aku suka menulis. Tapi bukan cerita panjang atau karangan berjela. Cukup dengan sebaris dua ayat, tetapi tepat menyampaikan suara hati ketika itu. Bukan sosok hebat pun, hanya budak perempuan biasa yang punya minat. Meski umur dah menjangkau 30-an, tetap aku bahasakan diri ini budak. Sebab itu menzahirkan betapa kerdilnya aku di mata Tuhan dan dikalangan pengkarya hebat. Kalau ada antara mereka yang 'ter'singgah di blog atau 'ter'baca hasil aku yang tak seberapa ni, aku harap ada komen ikhlas untuk bantu aku hadamkan sejauh mana nilai seni aku dalam fikiran mereka. Terima kasih untuk setiapnya.