Aku suka menulis. Tapi bukan cerita panjang atau karangan berjela. Cukup dengan sebaris dua ayat, tetapi tepat menyampaikan suara hati ketika itu. Bukan sosok hebat pun, hanya budak perempuan biasa yang punya minat. Meski umur dah menjangkau 30-an, tetap aku bahasakan diri ini budak. Sebab itu menzahirkan betapa kerdilnya aku di mata Tuhan dan dikalangan pengkarya hebat. Kalau ada antara mereka yang 'ter'singgah di blog atau 'ter'baca hasil aku yang tak seberapa ni, aku harap ada komen ikhlas untuk bantu aku hadamkan sejauh mana nilai seni aku dalam fikiran mereka. Terima kasih untuk setiapnya.

Monday, 8 October 2018

Firdaus

Kau tak pernah mengalah..
Asakan ujian, rentetan takdir ESA,
Kau hadap dan kau redah

Senyum, 
Meski lara dera jiwa
Cekal, 
Galas peribadi dalam santun
Tulus, 
Kau menghamba penuh rukun

Besar sungguh cinta yang kau paut
Bertuahnya kami menadah sambut

Rindu,
Mengingat kau yang luar biasa
Penasihat, pendengar paling setia
Walau perit melawan siksa raga
Senyuman akhir kau itu buat kami lega 
Tanda ingatan, kau tidur dalam indah dan bahagia.

 
(moga Al-Firdausi milik Firdaus Suhaimi)

Musibat karib



       

       Jambang mengembang, tubuh berhias kurta
       Serban tak lekang, isteri manis menjaga auratnya 
       Kau buat terang-terang sebab orang tengok?

       Rancak layan porno, ligat zina di pusat urut,
       Selamba sungguh kau bagi Tuhan tengok!
       Paling jahanam kau ajak sekali kawan masuk
       Paling celaka kau suka ingatkan segala benda tak patut 
       Sejenis musibat persetan sahabat
       Lebih elok kau mampus daripada hidup.

        ::4 Oktober, 2018::

Thursday, 9 November 2017

saratnya jiwa kendong dosa
masih tak malu dengan Pencipta
liat iman kerana tak dibaja
merinding kejar najis dunia

hawa dahagakan perhatian
ada yang lurus ada yang kudus
ada yang enteng suka menyendeng
sering gagal jaga perhiasan
konon berkawan tak ada perasaan

adam itu nafsunya satu
terkulai longlai bila dirayu
yang haram atau halal mau disebat
yang berserban atau seluar singkat
semuanya sama.. sama ligat

IKHTILAT
apa kita paham maksud tersurat?
ramai yang tak mampu hadam isi tersirat
ilmu itu di depan mata
bukalah kitab dan baca.

-10 Nov 2017-

Monday, 2 October 2017

Pernah,
Angin malam jadi teman aku
Tumpang dengar bisik rindu 
Rasa sayup ke halwa jiwa
Saksikan gersang padang kalbu


Terus,
Aku melayang dalam angan kosong 
Di langit terbayangkan berdua
Ceritanya manis, babak penuh warna 
Kisah yang baik dan ingatan indah belaka

Aku senyum,
Semua dipinjam untuk tempoh itu saja

Berjalanlah mencari kau puja
Moga bahagia milik sepenuhnya
Nyata, rasa itu tidak kekal untuk kita kongsi sama
Maka jadilah kau yang ikhlas untuk dia

3 Oktober 2017



Hidup umpama kopi
Tertelan biji pahit terus mata terbuka
Dihirup perlahan berasa nikmatnya
Lalu pejamkan mata hayati semua
Hidup ini tidak sempurna
Belajarlah merasa cukup
Kerana indah itu kita yang cipta.

3 Sep 2017.

Wednesday, 4 January 2017



an angel with whiskers
that touch our heart so dearest
rest in peace queen Kiska
like a safe habor in the storm
you are now forever safe in comfort and warm


-kiska, 2010-2016

Sunday, 18 December 2016

Hidup ini jangan cuba-cuba
Tak pernah rasa mau merasa
Tak pasal sendiri cari hal

Hidup harus sungguh-sungguh
Kalau tidak,
Memang selalu hidup akan dicuba! 

-18 Disember 2016